Rabu, 14 Ogos 2013

Analysis watak dalam Novel Negeri 5 menara: Ustaz Salman

Dalam bab kelima yang bertajuk 'Man Jadda Wajadda', Alif mendapat tahu tentang Ustaz Salman. Dia telah digambarkan sebagai seorang "Laki-laki mudah bertubuh kurus". Kelas pertama dia bersama Alif dan kawan-kawannya, dia membawa sebatang kayu yang tebal dan sebilah parang. Dia memulakan kelas itu dengan mencuba mematahkan kayu  itu dengan menggunakan parang itu. Walaupun kayu itu tebal, dia tidak berhenti unutk mencuba mematahkan kayu itu sehingga dia berpeluh dan lengan bajunya di tarik ke bahunya. Dalam beberapa minit kayu itu patah. Dia pula mengatakan kepada kelasnya "Man Jadda Wajadda! Siapa yang bersungguh-sungguh, dia akan berjaya!" berkali-kali sehingga semua anak muridnya mengikutiya Saya bereperasaan bahawa Ustaz Salman adalah seorang Ustaz yang baik tetapi tegas. Dia adalah watak yang paling saya suka, selain Mike Tyson, kerana ketegasannya.

Selasa, 23 Julai 2013

Percutian saya ke Indonesia bersama Sekolah!

Lawatan ke Solo/Jogjakarta
Pada 4 Jun 2013, saya terpaksa bangun tidur pada pukul 3 pagi kerana saya perlu tiba di Lapangan Terbang Changi pada pukul 5. Hish! Awalnya saya mesti bangun! Lagipun, saya tinggal jauh dari Lapangan Terbang Changi tetapi saya bersyukur ibu bapa saya boleh menghantar saya ke situ! Mereka sanggup bangun awal pagi unutk menghantar saya! Selepas bersarapan pagi di McDonald's, saya berjumpa dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu saya di Dewan Berlepas. Ramai juga rakan-rakan sekolah saya yang pergi ke Indonesia! Sebelum pergi ke dewan pelepasan, saya memeluk ibu bapa saya.

Ahhhh! Setelah menaiki dua pesawat berturut-turut, akhirnya kami sudah sampai! Kami sampai di Solo pada pukul 9 pagi. Kami pun terus berangkat dari Solo ke Jogja. Sampai di JogJa pula kami menaiki bas ke sebuah restoran yang menghidangkan makanan yang sungguh lazat! Alamak! Sudah lapar. Saya rasa saya sedang berpuasa! Ayam, Ikan dan lain-lain semuanya amat lazat! Kami pula menaiki bas ke Hotel Paragon Solo. Selama empat jam duduk di dalam bas! Kaki saya betul-betul sakit dan lenguh.


Borobudur
Kami telah pergi Ke Borobudur! Mak oi! Sungguh hebat dan besar Borobudur itu. Kami telah berjalan sekeliling Borobudur sekali kerana ia adalah satu perbuatan yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik.

Kami juga pergi ke dua buah sekolah yang benama Kalam Kudus dan SMP 8. Kedua-dua sekolah itu agak besar dan murid-murid di situ semuanya baik hati dan menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.

Kami juga menginap di Hotel Santika. Hotel itu tidak tinggi bangunannya tetapi makanan yang dihidangkan untuk sarapan pagi sangat lazat.

Kami juga pergi ke Parangtritis di mana pasirnya hitam dan ada banyak aktiviti yang kami lakukan!

Kini sudah hari terakhir! Sedihnya saya. Saya masih mahu tidur di katil yang lembut dan cadar yang ditukar setiap hari, makanan Indonesia yang lazat dan senang didapati di mana-mana. Tetapi saya juga merindui ibu bapa dan tanah air saya. Ya, sampai sinilah blog saya. Sehingga bertemu lagi pada lain kesempatan.