Selamat pagi kawan-kawan semua! Hari ini saya akan memberitahu kamu semua macam mana kami menulis sepucuk surat formal/rasmi. Inilah formatnya:
1.Tarikh
2.Nama pengirim
3.Nama penerima
4.Tajuk surat
5.Nama pengadap
6.Perenggan pertama- 1 hingga 2 ayat tentang tujuan menulis
7.Perenggan kedua- isi pengenalan masalah
8.Perenggan ketiga- isi- isi surat dan huraian dan contoh
9.Pentup surat
10.Tandatangan
Inilah sebuah contoh soalan untuk berlatih:
Baru-baru ini kamu manaiki MRT dan mendapati bahawa ia kotor dan tidak terurus. Orang ramai tidak memperdulikan keadaan yang kotor itu dan ada yang masih membuang samaph sembarangan. Kamu berpendapat bahawa keadaan ini perlu berubah.
Tuliskan sepucuk surat kepada Pegawai di Syarikat Sistem Gerak Cepat, MRT untuk memberikan pendapat kamu megenai situasi ini dan sarankan juga bagaimana ia boleh diperbaiki.
Inilah surat yang saya sudah menulis. Jangan takut untuk memberi komen tentang surat saya!:)
27 Mac 2012
Sulaiman bin Ahmad
Blk 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 456789
Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman street
Singapura 123456
Tuan/Puan
Per:Kekotoran dalam MRT
Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian Tuan/Puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.
Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah manaiki MRT dari Bedok ke Jurong untuk pergi ke rumah nenek saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapat bahawa keadaan dalam MRT itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap. Terdapat juga bekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang diselitkan di tempat-tempat duduk di MRT itu.
Pada pendapat saya, Tuan/Puan boleh mengadakan kampen atau menyuruh pekerja Tuan/Puan mengutip samaph itu. Tuan/Puan juga boleh menampal poster di MRT untuk memberitahu penumpang tentang pembersihan MRT itu.
Dengan ini, saya berharap Tuan/Puan akan mempertimbangkan pendapat saya ini. Kerjasama Tuan/Puan dalam menangi masalah ini amat saya hargai. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Sulaiman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan